Wednesday, April 15, 2009

Gila, gila, gila

Gila, gila, gila
Ko memang gila
Mungkin kerana t**tekmu kecil
Dan otakmu apatah lagi

Kenapa ko gila??
Apa masalahmu sebenarnya??
Adakah masa kecilmu
Ko minum terlalu banyak susu lembu??

Kenapa ko dengki padaku?
Memanglah aku lagi clever padamu
Tapi itu ko tak perlu nak cemburu
Aku bukang tandingan mu

Oh perempuan gila
Kalaulah ko tiada
Kalaulah ko pergi dari sini
Dan tak kembali lagi
Alangkah bahagianya hati ini

Monday, March 30, 2009

Barang yang lepas, part deux

Barang yg lepas jangan dikenang,
Bila terkenang berlinang-linang,
Lihat ke depan si kunang-kunang,
Tanda hidup lebih cemerlang.

Barang yg lepas jika dikenang,
Tidur tak lena makan tak kenyang,
Lebih berbaloi fikirkan sekarang,
Hati tenang hidup riang.

Orang yang lepas jangan dikenang,
Tiada gunanya menyeksa diri,
'Useless human beings' mari kita buang,
Baik fikirkan diri sendiri.

Jika terkenang barang yang lepas,
Lihatlah jauh ke dalam diri,
Mungkin disangka emas digalas,
Rupanya batu tiada erti

Mengenang yg lepas rosaklah hati,
Nanti sakit berhari-hari,
Taulan setia masih di sini,
Tawa dan tangis sama dirai.

-Wallahu A'lam-





Sunday, March 29, 2009

Barang Lepas Jangan Dikenang

Barang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang merosak diri
Orang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang merosak hati

Tuesday, March 10, 2009

Puisi bukan untuk Juwita

As inspired by Puisi Untuk Juwita by Mohamad Hj Salleh (Sasterawan Negara)

Anakku
Ingat pesan ibumu
Dan hanya ibumu
Kerna ibumu pastinya
Selalu betul, tak pernah salah

Anakku,
Walaupun hidupmu sekarang
dipenuhi Internet dan PS2
Janganlah sekali kau lupa
Pada Tuhan yang satu

Anakku,
Dalam hidupmu nanti
Pastinya banyak pilihan
Namun sentiasalah pilih
Sesuatu yang mendatangkan kebaikan
Kepada seberapa banyak insan

Anakku
Bila besar nanti
Pilihlah seorang isteri
Yang baik, bijak dan kalu nasibmu baik
Juga sedikit seksi

Anakku
Bila besar nanti
Jadilah lelaki berbudi
Yang hidupnya hanya
Untuk kesejahteraan anak dan isteri

Dan paling penting anakku
Jangan lupa ibumu
Yang sentiasa mendoakanmu
Yang sentiasa mengasihimu
Semoga berjaya anakku!

Sunday, February 8, 2009

Fikiran Hari Ini

Hari ini aku tak mau berfikir
Tentang orang gila tamak kuasa
Tentang dunia gila berebut harta benda
Berebut pangkat dan nama yang tak sepertinya

Hari ini juga aku tak mau berfikir
Tentang orang pilih bulu dan pilih kasih
Tentang birokrasi dan redtape
Oh Alangkah lemasnya

In fact hari ini aku hanya mau berfikir
Perkara yang tenang dan membahagiakan
Seperti senyuman rongak tetapi manis
Seorang anak kecil suci dan bersih

Hari ini aku hanya mahu berfikir
Tentang niat dan hati yang bersih
Dan semangat waja dan jiwa yang kental
Berenang bebas di lautan biru meluas

Hari ini juga aku hanya mahu berfikir
Tentang Tuhan dan manusia yang penting
Tentang diri dan hala tujuan
Tentang keikhlasan dan kasih sayang
Tentang bunga bunga bergayutan
Di celah daun daun dan ranting hijau
Kerna ini sahajalah perkara perkara
Yang perlu difikirkan

Tuesday, February 3, 2009

More poem for idiots

Tahikah ko??
Ya, memang
Busukkah ko,
Ya, sungguh busuk

Bagaimana untuk tidak menjadi tahi busuk sepertimu???
Tuhan berikan ku kekuatan
Jauh dari tahi sepertimu

Tapi bagaimana caranya
Berhadapan dengan tahi busuk sepertimu
Penatku menutup hidung
Busukmu tetap menikam

Dan sungguh aku buntu
Bagaimana caranya melawan dengan tahi busuk sepertimu
Yang tak mampu ku abaikan
Kerna walaupun aku cuba tak ambil peduli
Ko tetap mahu datang dan menggangu hidupku

Tapi aku nekad
Untuk tidak menjadi tahibusuk sepertimu
Tuhan beriku kekuatan dan jalan
Hanya kepadaMu aku memohon
Dan aku sungguh memahami
Perjuangan mesti diteruskan

Monday, January 19, 2009

Aku mau ko tahu

Aku mau ko tahu
Bahawa aku tau apa makna
Di sebalik senyumanmu
Ko menyimpan kerosakkan jiwa
Dan kerosakkan hati

Aku mau ko tahu
Bahawa aku tahu yang ko tahu
Jauh di dalam lubuk hatimu
Kita bukan setanding
Kerana ko pastinya tidak layak bertanding
Dan kalu bertanding jua
Pastinya ko akan terumbang ambing


Aku juga mau ko tahu
Ko tak mungkin dapat menghalangku
Kerana aku berpegang kepada iman dan prinsip
Kepada kebenaran dan keikhlasan
Kepada kebijaksanaan dan kebaikan
Dan bukan pada pangkat dan wang
Seperti yang ko idamkan
Dan bukan pada tikaman dari belakang
Seperti yang ko amalkan