Friday, August 29, 2008

patah hati or hati patah? The cure...

Patah hati or hati patah?
Emang gue peduli!

Awat rapoh bebeno hati kome?
made in China ke?
or made in India ke?
or made in Africa ke?
or macam Proton yang sokmo rosak tu
made in Malaysia ke?

Or hatimu made from tepung ke
macam biskut-biskut raya?
Or made from china ke
yang terantuk sikit dah hilang rupa?


Patahlah hati
teruslah merajuk
merajuk lah diri
merajuk diri tak tentu haluan

kalu hati yang patah
ambil gam gajah
and tampallah

Kalu hati patah lagi
buat je tak peduli
jangan dok susah hati
nanti mati

Kalu dah mati
lagi senang sudah takde hati
kalu pung ada
sudah tokle rasa

Tuesday, August 26, 2008

hati patah, apakah ubatnya? (siri2)

(Hehehe. Dalam kalangan tuan2 punya blog ni ada sorang pompuan yg suka buat entry sequel. So, here goes...)

Hati patah, apakah ubatnya?
Ambil racun, campur kaca,
Masukkan dalam dalam masak kicapnya,
Kalau tak mati jua, tak tau la hamba

Hati patah, apakah ubatnya?
Kalau dia ada kereta,
Bawalah wang shiling sekeping dua,
Torehlah cat baru berkilatnya,
Tentu sedikit puas hati kita

Hati patah, apakah caranya?
Engage lawyer,
Sue dia,
Dapat juta-juta,
Pi enjoy merata dunia,
Tapi sebelum tu,
Make sure dia papa kedana

Sebenarnya...

Hati patah, adakah penawar?
Bila hidup kita tawar-hambar?
Dek perbuatan orang yg kurang ajar?

Hati yang patah mungkin hanya boleh ditawar,
Dengan masa, dan bertahun-tahun cuba belajar,
Melupakan si dia, memang ia sukar,

Tapi kita perlu lakukan
Kerana tak guna hidup kita jadi tak karuan,
Angkara seorang jantan
Wa assume jantan la kan?
Coz semua masaelah di dunia ni depa yg mulakan,
Baiklah kita pompuan2
Bersukaria dalam kehidupan
Kerana hanya antara kita sahaja (dan lelaki2 tertentu yg worth kita simpan),
Ada kesetiaan,
Berpanjangan....

(Semoga hati yg patah is now on the road to ultimate recovery)

Monday, August 25, 2008

Hati patah, apakah ubatnya?

Hati patah
Apa ubatnya??
Letaklah minyak gamat
Pengubat luka
Biar luka, bercantum kembali

Hati patah
Apa ubatnya?
Buanglah pisau
Pematah hati
Campakkan jauh
Tak nampak lagi

Hati patah
Apakah ubatnya?
Jumpalah doktor
Doktor percuma (wa lah tuh.. hehehe)
Doktor bijaksana
Memberi preskripsi

Hati patah
Apakah ubatnya?
Biarlah saja
Teruskan jua
Patahkan tumbuh kembali
Hujan kan turun lagi

Semakin Kompleks Part 3

  • Kompleksiti berterusan tetapi demi untuk mengurangkan tahap kompleksnya hidupku, aku mengambil langkah paling "dignified" iaitu untuk mengundurkan diri.

  • Kadang2,mengundurkan diri adalah jauh lebih baik kerana ia bukan sahaja meleraikan kompleksiti tetapi juga menjaga harga diri dari terus terjunam ke paras paling dalam.

  • Hati mungkin patah2 tapi lagikan dahan patah boleh tumbuh semula dan tangan patah boleh disimen dan diperbetulkan apatah lagi kompleksiti buatan manusia...........

  • Lagipun apa yang ku ada dalam dunia kompleks mu.........aku tiada tempat dalam dunia penuh kompleksiti mu..................

  • And as always, to make it more complex, someone has to steal my thunder........

Friday, August 22, 2008

Hidup ini penuh kompleks, siri2

Terima kasih pompuan1 for de 'kompleks' musings. Ni pompuan4 (pompuan1 and pompuan2 adalah pompuan2 tukang set-up blog ni and pompuan3 adalah the poet amongst us, so wa happily take number4) nak tambah sikit citer kompleks.

  • Dalam hidup kita, benda yg kununnya senang seperti makan pun kadangkala amat kompleks. Ada org hidup dia kompleks kerana dia takleh makan buah-buahan yg dibuat lauk seperti kari pisang or paceri nenas. Ada pulak org yg kompleks hidupnya kerana dia takleh makan pancake sebagai savoury dish seperti pancake and leg of lamb (walaupung mungkin dia tak jadi makan pancake & leg of lamb kerana sebenaqnya dia suspicious samada depa betui2 akan serve dia leg of lamb or just part of the lamb that is nearest to the leg or mungkin sebenarnya leg of bi? Kompleks or what?).
  • Kadang-kadang hidup kita jadi kompleks sebab bila time makan ada orang akan tanya kita "Nak makan kat mana?", pastu kita kata "Ikut you la, ling, I tak kisah. You yg lapaq, I OK jek". Pastu dia suggest tempat2 tertentu dan kita rasa sungguh tidak puas hati dgn suggestions dia tu sampai ada kemungkinan kita boleh rasa mau dusyum dia. Dan kalau dusyum dia, hidup kita pasti bertambah kompleks sebab nanti kita kena mintak maaf dgn dia dan kita adalah orang terakhir yg akan mintak maaf dalam hal2 seperti ini.
  • Kadang-kadang hidup kita yg tak kompleks tetiba jadi kompleks sebab kita patutnya cuti penyelidikan tetapi kita pi tengok "Forgetting Sarah Marshall". Pastu bila kita balik ada org tulis e-mail kat kita "I wish you a rich and fruitful field research experience during your research break". Hidup kita jadi kompleks sebab tak pasai2 kita kena buat literature review yg boleh mengaitkan "Forgetting Sarah Marshall" dengan research kita. Well...., mungkin ini tidaklah begitu kompleks after all.
  • Kalau kita pi kompleks membeli-belah atau kompleks menjual makanan, dan jumpa orang yg kita rasa kenal tapi tak ingat nama, baik la kita cepat2 lari tinggalkan tempat tu. Kalau tidak harus hidup kita menjadi kompleks sebab nanti tetiba mereka tegoq kita dengan excitednya, "Hi, Ms so-and-so, fancy seeing you here. You tau, I ni di-import mai sini coz majikan you tak cukup orang yg terra utk main netball for them. So, how are you?". "Ermmm..., good, good. Baguih la you mai main netball for us. Semoga berjaya. Bye..!" Lepas tu you dok dalam keta and cuba trace balik the last place you travelled to that is not in the vicinity of your workplace (mengambil kira clue yg dia bagi) yg you possibly would have met this guy (yes, I'm talking about a guy, playing netball, so lagi la complicated). Pastu muka dia punya la familiar tapi for the life of you, you cannot remember when or where you met him. In the morning you thought today is going to be a breezy, lazy Friday, tapi since you met him in the afternoon, you've been trying to crack your head to remember him. There goes your un-kompleks start to the weekend out of the window!

Enjoy your weekend, anyway!

Thursday, August 21, 2008

Hidup ku semakin kompleks.....

  • Hari ini, hidup wa semakin kompleks. Ada orang cakap yang dia tak pernah jumpa spesis seperti wa yang sangat kompleks. Semuanya kompleks - dari hujung rambut ke hujung kaki - dari dalam ke luar - dari tepi ke tengah - dari segala sudut semuanya kompleks. Semua manusia yang dia pernah jumpa dalam hidup dia adalah sangat biasa dan normal. Wa sangat tidak mencakupi definisi "normal".

  • Wa sangat takjub sebab wa rasa wa sangat lah mudah dan simple. Asalkan wa tak kacau hidup orang dan buat hal sendiri, wa ok je......Tapi bagi itu orang, itu lah yang kompleksnya sebab wa tak pedulikan orang dan hidup dalam dunia sendiri dan suka buat hal sendiri dan mempunyai pelbagai peraturan sendiri mengenai kehidupan.

  • Swear wa rasa kelakar sebab bukankah bagus buat hal sendiri dan tak kecoh hal orang. Bukankah itu lebih mendamaikan.

  • Wa paham konteks ruang lingkup yang itu orang perkatakan sebab dunia kita sangat berbeza. Dunia dia memerlukan banyak elemen yang tidak ada keperluan dalam dunia wa. Wa tidak marah atau "upset" dengan perspektif dia sebab itu hak dia untuk memahami dari sudut dia.

  • Jika dia pernah melalui apa yang wa lalui dalam hidup wa yang membabitkan "elemen2" yang baginya sangat penting pada ketika ini tetapi tidak lagi bagi wa, dia akan faham. Bagaimanapun,dia tidak akan paham sebab dia tidak pernah melaluinya dan mungkin tidak akan terus paham. Wa tak kisah sebab semua itu adalah pengalaman hidup yang hanya mereka yang melalui akan memahami atau yang tidak pernah lalui, cuba memahami.

  • Banyak perkara dan kejadian dalam hidup ini yang akan membuatkan kita menukar pelbagai aspek kehidupan kita bagi menyesuaikan dengan apa yang kita anggap sebagai memudahkan kita. Banyak perkara yang akan membuatkan kita "penat" dan "quay sera sera".

  • Wa hanya mahu meneruskan kehidupan yang mungkin sudah hampir penghujungnya dengan cara yang mendamaikan wa tanpa mengkomplekskan sesiapa.................

Wednesday, August 20, 2008

Kenapa hidup ini kompleks?

  • Hidup ini kompleks sebab kita mempunyai terlalu banyak kompleks membeli-belah. Selain itu, kompleks pejabat-pejabat kerajaan yang berpindah dari Jalan Duta ke Putra Jaya juga turut menambahkan kompleksiti hidup kita. Kalau tiada Kompleks Kastam di Tambak Johor atau Spanggar Bay, KK, adakah hidup kita kurang kompleks?

  • Kompleks Pertama di Jalan TAR adalah antara kompleks membeli belah terawal yang wujud di negara ini. Dan selepas itu, lebih banyak kompleks-kompleks dibina untuk tujuan memudahkan pemusatan kedai-kedai bagi meng-kompleks-kan kehidupan kita apabila terpaksa membuat pelbagai pilihan yang kompleks. Tidak cukup itu, Kompleks PKNS di Shah Alam turut dibina bagi menjual pelbagai barangan yang kelihatan seperti kompleks tetapi sebenarnya amat kurang kompleks. Apa kompleksnya mahu beli kain tudung atau telekong di kompleks itu?

  • Bagaimanapula dengan Kompleks Imigresen di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam? Adakah dengan kewujudan kompleks itu ia akan mengurangkan kompleksiti menguruskan kemasukan secara haram ke dan dari Malaysia? Saya rasa tidak sebab urusan perjalanan haram ini amat kompleks tatacaranya dan memerlukan kajian yang lebih kompleks.

  • Kesimpulannya, kehidupan ini sememangnya amat kompleks berikutan terlalu banyaknya kompleksiti yang dibuat oleh manusia menerusi pembinaan fizikal yang kompleks, sempadan maya yang kompleks, perhubungan kompleks, "artificial boundaries" yang kompleks, kesukaran pemahaman terhadap definisi identiti diri yang kompleks, persahabatan yang kompleks dan paling utama, pilihan makanan yang semakin kompleks - organic or non-organic, sugary or non-sugary, oil or steam, low carb or no carb, high protein or low protein, no frills or with frills, smoked salmon or kari kepala salmon, kismis Mekah or Californian raisins, Granny Smith Apple or New Zealand Royal Gala, bread & butter pudding or tepong talam, nasi ayam or nasi lemuni, Blueberry PanCake or lempiang pisang, sotong kangkong or bagel with cream cheese, coffee or sex, baked potaro or mashed potaro, ayam masak lomak or chicken rissoto, mee goreng DG or baked macaroni with cheese, kutam gumuk or kutam gumuk or kutam gumuk.............and the list goes on......................

  • Hence, the reasons for the kekomplesitian kehidupan ini...........

  • Sekiang, ponder wonder of the day selepas gelak golek2 watching "Forgetting Sarah Marshall".
-Forgetting Many Idiots-

Tuesday, August 12, 2008

Birthday wish of another pecinta idiot

Walaupun ada orang nak bom idiots, wa tak kisah. In the sprit of being self-focused (bukang self-centred tau !! heheh) kekawang, berikut wa senaraikan perkara perkara yang boleh dijadikan pilihang prezeng untuk wa punya birthday this October.. Kalau kekawang tercinta dah beli hadiah sebelum nih, lupakang saja list ini.. hehehe..
  • Perfume botol kecik (bau ala ala Eden atau Oui)
  • Kain baju (tak perlu mahal, cukuplah sekadar kainnya lembut tapi tak perlu gosok)
  • Matching tudung (againg, tak perlu mahal, tapi tak perlu gosok one- taulah wa tak de orang nak gosok baju sekarang, kecuali wa sendiri Btw, wa also terima almost new second-hand one)
  • Handbag dari kain (yang ala ala boleh basuh gitu)

Laing laing perkara, wa tak perlu sangat..

Tuhan......

Tuhan
berilah daku kekuatan
untuk tidak
meletupkan idiots
mengbomkan idiots
meletakkan razor blade di belakang idiots dan tarik perlahan-lahan
merebus idiots dengan iodin dan dettol
mencurah air panas menggelak ke atas perut idiots
mengikat idiots di pokok dan melepaskan 5 tong kerengga dan semut api ke atas kepala idiots
menoreh2 tapak tangan idiots dengan pisau paling tajam
memasukkan asid ke dalam telinga idiots
menyumbat hidung idiots dengan semut api
membakar idiots secara pelahan2 dari bawah ke atas sambil menyanyikan lagu "aku hanya pencinta idiots.........................."
Tuhan
tolonglah beri aku kekuatan
Amen

Wednesday, August 6, 2008

I found him...:)

I found him...
I found him.....
I found him....
I found him.....
I found him....
I found him....
I found him.....

FINALLY.....

I found him......

never mind that we were married in our "previous life"
for at least
I have found him....:)

Thank you GOD :)