Wednesday, August 20, 2008

Kenapa hidup ini kompleks?

  • Hidup ini kompleks sebab kita mempunyai terlalu banyak kompleks membeli-belah. Selain itu, kompleks pejabat-pejabat kerajaan yang berpindah dari Jalan Duta ke Putra Jaya juga turut menambahkan kompleksiti hidup kita. Kalau tiada Kompleks Kastam di Tambak Johor atau Spanggar Bay, KK, adakah hidup kita kurang kompleks?

  • Kompleks Pertama di Jalan TAR adalah antara kompleks membeli belah terawal yang wujud di negara ini. Dan selepas itu, lebih banyak kompleks-kompleks dibina untuk tujuan memudahkan pemusatan kedai-kedai bagi meng-kompleks-kan kehidupan kita apabila terpaksa membuat pelbagai pilihan yang kompleks. Tidak cukup itu, Kompleks PKNS di Shah Alam turut dibina bagi menjual pelbagai barangan yang kelihatan seperti kompleks tetapi sebenarnya amat kurang kompleks. Apa kompleksnya mahu beli kain tudung atau telekong di kompleks itu?

  • Bagaimanapula dengan Kompleks Imigresen di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam? Adakah dengan kewujudan kompleks itu ia akan mengurangkan kompleksiti menguruskan kemasukan secara haram ke dan dari Malaysia? Saya rasa tidak sebab urusan perjalanan haram ini amat kompleks tatacaranya dan memerlukan kajian yang lebih kompleks.

  • Kesimpulannya, kehidupan ini sememangnya amat kompleks berikutan terlalu banyaknya kompleksiti yang dibuat oleh manusia menerusi pembinaan fizikal yang kompleks, sempadan maya yang kompleks, perhubungan kompleks, "artificial boundaries" yang kompleks, kesukaran pemahaman terhadap definisi identiti diri yang kompleks, persahabatan yang kompleks dan paling utama, pilihan makanan yang semakin kompleks - organic or non-organic, sugary or non-sugary, oil or steam, low carb or no carb, high protein or low protein, no frills or with frills, smoked salmon or kari kepala salmon, kismis Mekah or Californian raisins, Granny Smith Apple or New Zealand Royal Gala, bread & butter pudding or tepong talam, nasi ayam or nasi lemuni, Blueberry PanCake or lempiang pisang, sotong kangkong or bagel with cream cheese, coffee or sex, baked potaro or mashed potaro, ayam masak lomak or chicken rissoto, mee goreng DG or baked macaroni with cheese, kutam gumuk or kutam gumuk or kutam gumuk.............and the list goes on......................

  • Hence, the reasons for the kekomplesitian kehidupan ini...........

  • Sekiang, ponder wonder of the day selepas gelak golek2 watching "Forgetting Sarah Marshall".
-Forgetting Many Idiots-

1 comment:

Farid aka BIG MOMMA said...

bagaimana pulak ngan 'kuih kompleks'
kakakakakak kuih raya kegemaran ramai itu?? [kuih cornflakes ler labu---] laaaa awat mak aku kata kuih kompleks??